Blogroll


Hayati Keindahan Bahasa Kita..
Hamidi bin Haron No.Matrik : D20102043231 EL-T02

Sunday 6 November 2011

Peribahasa

1. PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185), peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.

Kamus Dewan (1997:375) pula menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara pemakaian bahasa iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, proinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti dengan kandungan nasihat, prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan, Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan budaya Melayu.

Peribahasa, seperti yang diketahui umum, merupakan satu daripada cabang sastera lama, bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia.

2. CIRI DAN TUJUAN


Peribahasa dikatakan sebagai ceerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping itu, peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peribahasa, di samping membuat ketentuan antara baik - burik serta mencari ketetapan dalam tata cara hidup masyarakat.

Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalngan rakyat biasa, kedua melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003). Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidk mudah terasa hati,

Dalam konteks masyarakat, peribahasa mempunyai dua tujuan utama iaitu menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan dengan budi bahasa yng lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu tidak gemar berteru terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya.

Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi :

 Setiap satu mempunyai sifat dan tujuan yang tersendiri.