Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh :
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
- Ada angin :
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
- Anak buah :
(b) Anak saudara.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.
- Muka talam; Muka tebal; Muka tembok
- Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas
Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
Contoh:
Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung.
Kata Nama Am: anak, buah dan lipas
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
Contoh:
Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga.
Kata Kerja: ajak, buat dan pasang
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif.
Contoh:
Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati.
Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.
Contoh:
Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk.
Kata Nama Khas: semua di atas
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
Contoh:
Air pinang; Batu buyung; Makan bulan.
Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.
SIMPULAN BAHASA | MAKSUD |
Ada angin | |
Mempunyai tokoh atau perwatakan | |
Dalam tangan | Sudah pasti akan diperolehi |
Darah daging | Anak kandung |
Durian runtuh | Keuntungan yng diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
Gaji buta | Mendapat gaji tanpaperlu bersusah payah |
Harga diri | Maruah atau kehormatan seseorang |
Hati batu | Degil atau keras hati |
Hidung tinggi | Sombong atau tinggi diri |
Ikat perut | Menahan lapar kerana berjimat |
Iri hati | Cemburu atau menyimpan perasaan dengki |
Langkah kanan | Bernasib baik |
Lidah cabang | Kata-kata yang tidak dapat dipercayai |
Untuk lebih lanjut, boleh klik disini SUMBER.
click to create your own