Contoh Pepatah dan Maksudnya.
PEPATAH | MAKSUD |
Ditelan mati emak, diluah mati bapa | Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah | Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita |
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau | Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu |
Harapkan pagar, pagar makan padi | Percaya akan orang yang mengkhianati kita |
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing | Bekerjasama dan tolong-menolong |
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain | Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga |
Biar putih tulang, jangan putih mata | Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu |
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan | Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya |
Genggam bara api, viar sampai jadi abu | Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya |
Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya | Kejayaan tidak akan dating begitu sahaja tanpa berusaha |
Takut kerana salah, berani kerana benar | Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani |
Buang yang keruh, ambil yang jernih | Buang yang jahat, ambil yang baik |
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi | Mendapat sesuatu yang diingini |
Untuk lebih lanjut, klik di sini SUMBER
click to create your own